Waktu Solat Kuala Lumpur

Monday, October 25, 2010

Bagaimana rasanya berkahwin dengan diri sendiri??

Wanita Taiwan kahwin diri sendiri
CHEN WEI-YIH
TAIPEI - Seorang wanita, Chen Wei-yih mengambil keputusan untuk berkahwin dengan diri sendiri selepas dia tidak berminat dengan lelaki yang ditemuinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia turut menerima tekanan sosial kerana masih belum berkahwin menyebabkan dia memutuskan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.
Pekerja pejabat berusia 30 tahun itu dijangka melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada bulan depan seorang diri tanpa suami.
Wei-yih sudah bergambar dengan memakai gaun putih, melantik seorang perancang perkahwinan dan menyewa satu dewan bankuet untuk dihadiri oleh 30 orang rakannya dalam majlis resepsi itu.
"Usia 30 tahun merupakan tempoh yang penting bagi saya. Namun saya belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Jadi, apa yang boleh saya buat?" soalnya.
"Saya tidak antiperkahwinan. Saya cuma berharap saya boleh meluahkan idea berbeza di luar lingkaran tradisi," katanya. Majlis Perkahwinannya itu melibatkan kos AS$5,675 (RM17,561).
Wanita di Taiwan dilihat semakin lambat dan jarang berkahwin apabila status ekonomi mereka menjadi bertambah baik. - Agensi.

Info:

2 comments:

  1. tak nak la aku kawen dgn dia, giler. lbh baik duit tu dia hanta umah anak yatim, pastu mohon pada Tuhan, doa anak2 yatim ni lurus dan telus.

    ReplyDelete
  2. betul turrrr jank...... hidup anjang!!!!! penduduk Felda Tengi River....memerlukan org2 yg berwibawa, spt mu......!

    ReplyDelete

conteng ler