Selain kandungan energi lebih tinggi, kandungan serat yang terdapat pada roti gandum juga lebih baik, sehingga dapat menahan rasa lapar lebih lama |
Dengan makan roti, kamu dapat mengelak makanan yang berlemak tinggi serta kurang karbohidrat, vitamin dan mineral secukupnya. Roti sumber terbaik yang mengandungi niacin dan vitamin B, baik untuk kesihatan kulit dan mata lebih bersinar. Lebih sepertiga daripada vitamin B1 datangnya daripada roti. Kajian terbaru, mendapati sarapan yang kaya dengan karbohidrat boleh membuatkan mood kamu lebih baik kerana ia menyediakan badan dengan karbon, hidrogen dan oksigen yang diperlukan tubuh.
Apakah faedah-faedah serat?
Serat yang mencukupi dapat mengurangkan rasa lapar dan dengan itu mengurangkan pengambilan makanan. Serat menyerap lembapan, menambahkan berat pada makanan agar is dapat bergerak dengan lebih mudah melalui salur usus. Oleh kerana ia mempunyai ciri yang menambahkan berat najis, rasa kenyang terhasil. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang berdiet kerana pengambilan serat yang mencukupi dapat mengurangkan rasa lapar dan dengan itu mengurangkan pengambilan makanan.
Serat dipercayai dapat membantu meredakan sembelit kerana ia dapat melembutkan najis ketika menyerap lembapan. Hasilnya, pengeluaran najis dilakukan pada masa yang tetap semasa melalui salur usus. Anda diingatkan untuk minum air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari) semasa anda meningkatkan pengambilan serat untuk hasil yang efektif. Jika pengambilan air tidak mencukupi penghadaman akan terganggu dan menyebabkan masalah sembelit yang lebih serius.
Melambatkan penyerapan oleh serat oat bermakna melambatkan kadar penyerapan gula (glukosa) oleh tubuh badan, menyebabkan tahap kandungan gula di dalam darah meningkat secara lebih rata berbanding dengan yang berlaku kepada beberapa jenis karbohidrat seperti bran gandum yang diserap cepat. Disebabkan itu, serat oat pilihan sempurna bagi penghidap kencing manis.
Serat dipercayai dapat membantu meredakan sembelit.
Serat oat dikatakan mengurangkan kolesterol darah dua cara. Pertama, ia bergabung dengan kolesterol di dalam asid hempedu - cecair kekuningan yang dirembes oleh hati untuk memcahkan lemak di dalam usus kecil. Sebahagian kolesterol di dalam asid hempedu mungkin akan dikeluarkan bersama serat sebagai bahan buangan, dan tidak diserap semula. Untuk menggantikan asid hempedu yang hilang, kolesterol dikeluarkan daripada badan, dan ini mengurangkan bekalan kolesterol. Kedua, penapaian serat oat di dalam usus mengeluarkan asid lemak, yang menghalang sintesis kolesterol. Dianggarkan bahawa penurunan setiap satu peratus kolesterol darah dapat mengurangkan dua peratus risiko penyakit jantung koronari.
Dengan membawa masuk air di dalam usus besar, serat tidak larut mencairkan karsinogen yang mungkin ada di dalam najis, dan mengurangkan pendedahan dinding usus kepada bahan-bahan ini. Disamping itu, serat tidak larut mengubah pH usus besar, mengganggu kegiatan mikrobial yang menghasilkan karsinogen. Kesan gabungannya dapat mengurangkan risiko barah kolon.
Bran oat dan oatmeal mengandungi jenis serat yang biasa dipanggil 'serat mudah larut'. Serat jenis ini juga ada pada buah-buahan, kacang dan kekacang yang juga mengandungi Vitamin B dan asid folik. Asid folik yang penting untuk menambah sel darah merah serta menyumbangkan karbohidrat kompleks yang penting untuk rembesan hormon selepas penghadaman.
Untuk maklumat lanjut lawati http://www.dreamdiamond.net/

No comments:
Post a Comment
conteng ler