Waktu Solat Kuala Lumpur

Tuesday, November 2, 2010

5 JENIS MAKANAN PENGUAT JANTUNG!


Makanan ternyata amat berpengaruh terhadap kesihatan jantug setiap individu, apatahlagi apabila usia semakin bertambah. Selain mendapatkan zat yang mencukupi daripada suplemen dan memelihara kesihatan dengan melakukan olahraga kesihatan jantung juga dipengaruhi oleh makanan-makanan bernutrisi baik seperti yang disenaraikan ini. Untuk itu perbanyakan memakan makanan -makanan ini agar anda dapat mengekalkan kesihatan jantung ke hari tua nanti.

1. BADAM-Kacang badam merupakan jenis kekacang yang kaya dengan asid lemak tidak jenuh dan phytosterol.Asid Lemak tidak jenuh ini mampu meningkatkan pengeluaran LDL dan meningkatkan kepekatan HDL didala darah, manakala pyhtosterol mampu bersaing dengan kolesterol agar tidak dapat diserap oleh usus. Badam biasanya disajikan sebagai pelngkap kepada masakan.

2. EPAL-Para pengkaji dari universiti ternama di Amerika telah menemui sesuatu di dalam kajian mereka iaitu dengan pengambilan sebiji buah epal setiap hari mampu menghalang peningkatan LDL dan menurunkan peningkatan LDL sehingga 8 peratus. ini kerana epal mengandungi serat larut iaitu pectin yang membersihkan dinding arteri dari pengumpalan plak-plak kolesterol yang membahayakan kesihatan jantung. Oleh itu sajikan jirisan epal bersama oatmeal yangbaik untuk kesihatan jantung anda.

3. SOYA-seperti yang diketahui kacang soya amat baik untuk kesihatan kerana ia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadarkolesterol dan kanser. Kacang soya kaya dengan sebatian isoflavonoid yang mamu mengendalikan kolesterol LDL dan sebagai antioksidan untuk mencegah kanser. Selain itu, soya juga jaya dengan serat larut oligosakarida yang membantu mencegah timbunan plakpada pembuluh darah. Jadi amalkan memakan soya sama ada di dlam hidangan makanan atau sebagai minuman.

4. BUAH BERI(STRAWBERI,BERI BIRU DAN RASBERI)-Buah beri seperti strawberi, beri biru dan rasberi mengandungi komponen yang mirip dengan resveratrol di dlam buah anggur. Bukan itu sahaja, buah ini mengandungi antioksidan jenis pterostilbene yang merangsang sel-sel hati untuk bekerja mencerna lemak dan kolesterol.

5. IKAN LAUT-Ikan laut seperti tuna dan salmon amat kaya dengan asid lemak omega terutama Omega 3, Omega 6 dan Omega 9. menurut kajian di universiti di Eropah, mengambil ikan sebegini selama dua minggu dapat membantu menurunkan risiko penyempitan pembuluh darah sebanyak 20 peratus.

No comments:

Post a Comment

conteng ler