Waktu Solat Kuala Lumpur

Tuesday, January 24, 2012

Subhanallah...hebatnya Allah menciptkan tulang sulbi

tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bwh tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.

Drpd Abu Hurairah r.a bhw Rasululah s.a.w bersabda yg bermaksud: 
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yg daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah). Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:

1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.

Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dlm kajian yg dilakukan, beliau tlh mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dgn suhu yg amat panas dlm tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel2 dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 thn lamanya. Manusia dibangkitkan semula pd hari kiamat dgn tulang sulbi

Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pd hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27). 

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx utk tumbuh semula. Beliau tlh memasukkan tulang2 sulbi yg tlh dikisar & dibakar tadi ke dlm embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dpt tumbuh & membentuk paksi janin yg lain. SUBHANALLAH…

Saturday, January 21, 2012

KHASIAT BUAH LIMAU


Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya. Provitamin A (beta karoten) yang membentuk Vitamin A banyak terdapat di dalam kulit dan pati buah limau.

Vitamin C berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organic (zat besi dan makanan bukan dari sumber haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.

Vitamin C juga memilih kemampuan sebagai antioksidan, yang dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada aktiviti molekul radikal bebas di dalam tubuh. Radikal bebas ini diketahui memberi impak yang buruk pada kesihatan seperti kanser, kardiovaskular dan katarak.

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dari makanan, termasuk daripada buah limau dapat mencegah kenaikan kadar LDL di dalam darah. Kandungan LDL yang tinggi di dalam darah menjadi faktor utama berkembangnya penyakit jantung.

Beberapa kajian epideminologi telah pun menunjukkan hubungan antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular. Vitamin C di dalam buah-buahan termasuk buah limau, secara ilmiah telah terbukti mampu melindungi tubuh terhadap serangan kanser.

Hasil Kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan (antaranya buah limau) dan sayuran yang tinggi, memiliki kesan perlindungan terhadap kanser yang lebih baik berbanding dengan pengambilan vitamin C dalam bentuk suplemen mahupun tablet.

Disebabkan lensa mata memainkan peranan penting pada pembentukan penyakit katarak, peranan antioksidan (termasuk vitamin C) menjadi penting. Hasil kajian juga telah membuktikan bahawa individu yang mempunyai kandungan vitamin C dan karotenoid yang tinggi di dalam darah mempunyai risiko yang rendah untuk terkena penyakit katarak.
Limau, sebagai sumber vitamin C juga memberikan kesan pencegahan dan penyembuhan terhadap penyakit seperti pereputan tulang (osteoporosis), batu karang , gangguan fungsi kognitif dan asma.

Selain sebagai sumber vitamin C, buah limau juga merupakan sumber asid folat yang berpotensi. Sebiji buah limau dapat memenuhi 20 peratus daripada keperluan asid folat setiap hari. Kadar pengambilan makanan dengan kandungan asid folat yang tinggi seperti buah limau segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar asid folat.

Peningkatan kadar asid folat akan menurunkan kadar homosistein, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar homosistein, risiko penyakit kardiovaskular juga berkurang.

Komposisi gizi di dalam buah limau manis ialah: tenaga 45 kkal, protein 0.9 g, lemak 0.2 g, karbohidrat 11.2 g, fosfor 23 mg, kalsium 33 mg, zat besi 0.4 mg, vitamin A 190 IU, vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 49 mg, serta air 87.2 g (per 100 gram buah limau).

Karbohidrat di dalam buah limau merupakan karbohidrat sederhana, iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula di dalam buah ini semakin bertambah apabila buahnya semakin tua, tetapi kandungan asamnya pula semakin berkurang. Buah yang mendapat sinar matahari secara terus akan mengandungi gula lebih banyak, termasuk vitamin C yang banyak juga.

Jadi, berbanding mengambil vitamin C dalam bentuk tablet, lebih baik amalkan memakan buah limau yang sememangnya kaya dengan kandungan vitamin C dan khasiat-khasiat lain yang baik untuk kesihatan tubuh badan.

Monday, January 16, 2012

Kanser Usus, Kanser Pembunuh Nombor Satu di Malaysia?

Kanser usus atau barah usus (bowel cancer) merupakan kanser pembunuh ketiga tertinggi di Malaysia. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh National Cancer Registry pada tahun 2003, kanser usus merupakan kanser yang paling kerap dihidapi oleh lelaki, 14.2% dan merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita di Malaysia, 10.1% selepas kanser payudara (breast cancer) dan kanser pangkal rahim (cervix cancer). Oleh itu, kini pelbagai kajian sedang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di seluruh dunia dalam usaha mencari lebih informasi tentang penyakit ini.

Kebanyakan kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan kanser usus. Kanser ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua kanser usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi kanser.

Risiko untuk seseorang individu untuk mendapat kanser usus adalah menjadi lebih tinggi sekiranya individu tersebut memiliki faktor-faktor berikut:
  • Berusia (lebih daripada 60 tahun).
  • Berketurunan African American dan Timur Eropah.
  • Memakan banyak daging merah dan daging proses.
  • Menghidapi apa-apa jenis kanser.
  • Menghidapi ketumbuhan dalam usus (colorectal polyps).
  • Menghidapi penyakit inflamasi(radang) usus (Crohn’s disease atau Ulcerative colitis).
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • Wanita yang menghidapi kanser payudara.
  • Menghidapi kencing manis (diabetes mellitus).
Penyakit-penyakit genetik seperti Familial adenomatous polyposis (FAP) dan Hereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC), atau lebih dikenali sebagai Lynch syndrome juga telah dikenalpasti meningkatkan risiko kanser usus.

Selain itu, faktor-faktor pemakanan seperti kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurang memakan makanan berfiber dan pemakanan daging merah secara berlebihan juga menyumbang kepada pembentukan kanser usus. Merokok dan juga meminum minuman keras (alkohol) pula adalah satu faktor yang sudah lama dikenalpasti untuk menyebabkan apa-apa jenis kanser.
Jadi, apakah tanda-tanda amaran atau simptom-simptom yang dialami oleh penghidap kanser usus ini? Antaranya adalah seperti berikut:
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Darah di dalam tinja.
  • Perubahan pada tabiat membuang air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
  • Kehilangan berat badan.
  • Badan tidak bermaya.
Sekiranya anda memiliki gejala-gejala yang tersebut di atas, jangan ambil masa yang lama, segera berjumpa dengan doktor berhampiran anda. Statistik telah menunjukkan, sekiranya diagnosis atau pengesanan kanser usus ini dibuat lebih awal, ia boleh dirawat sepenuhnya.
Semestinya, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. “An apple a day, makes the doctor away“. Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat boleh mencegah daripada mendapat kanser usus ini.

info:
By khairunnasirin on April 7, 2011
http://psipum.org/kanser-usus-kanser-pembunuh-nombor-satu-di-malaysia-adakah-anda-berisiko/