Waktu Solat Kuala Lumpur

Saturday, October 23, 2010

Jangan menilai seseorang daripada pakaian dan rupa paras...

Cerita sufi dari turki, seorang yang bernama Nuruddin Khoja. Pada suatu hari, Nuruddin Khoja memasuki sebuah kampung dengan memakai serban dan jubah besar sambil... menunggang keldai. Orang kampung menyambut kedatangannya dengan melaungkan "Ulama, ulama, ulama... Ulama' sudah datang, marilah kita belajar daripadanya."



beliau hairan, lalu bertanya, "Mana kamu semua tahu yang aku ini ulama'?"



Seseorang menjawab, "Daripada serban dan jubah yang tuan pakai."



Lalu Nuruddin menanggalkan serbannya dan diletakkan ke atas kepala keldai dan berkata, "Nah, belajarlah daripada keldai ini"



Orang kampung kehairanan dan bertanya, "Mengapa kami perlu belajar daripada keldai ini?"



Secara selamba Nuruddin menjawab, "Bukankah kamu semua menganggap bahawa aku seorang ulama' hanya kerana aku berserban? Jika demikian keldaiku sekarang telah berserban, maka kamu belajarlah daripadanya."



Sindiran sinis daripada Nuruddin ini sesungguhnya membuktikan bahawa pakaian luaran bukan petunjuk nilai diri kita. Nilai ulama' pada ilmu dan akhlaqnya, bukan pada pakaian yg dipakainya..



Tetapi, acapkali orang menilai seseorang daripada pakaian dan rupa paras..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sekadar hiasan.....

No comments:

Post a Comment

conteng ler