Kebanyakan kanser usus bermula dari kelenjar-kelenjar yang terdapat pada permukaan usus besar (kolon dan rektum). Tiada satu penyebab utama dapat dikenalpasti yang boleh menyebabkan kanser usus. Kanser ini berkembang disebabkan gabungan beberapa faktor-faktor tertentu. Berdasarkan kajian, hampir kesemua kanser usus bermula dengan ketumbuhan (polyp) di dalam usus besar yang secara perlahan-lahan membesar dan menjadi kanser.
Risiko untuk seseorang individu untuk mendapat kanser usus adalah menjadi lebih tinggi sekiranya individu tersebut memiliki faktor-faktor berikut:
- Berusia (lebih daripada 60 tahun).
- Berketurunan African American dan Timur Eropah.
- Memakan banyak daging merah dan daging proses.
- Menghidapi apa-apa jenis kanser.
- Menghidapi ketumbuhan dalam usus (colorectal polyps).
- Menghidapi penyakit inflamasi(radang) usus (Crohn’s disease atau Ulcerative colitis).
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
- Wanita yang menghidapi kanser payudara.
- Menghidapi kencing manis (diabetes mellitus).
Selain itu, faktor-faktor pemakanan seperti kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurang memakan makanan berfiber dan pemakanan daging merah secara berlebihan juga menyumbang kepada pembentukan kanser usus. Merokok dan juga meminum minuman keras (alkohol) pula adalah satu faktor yang sudah lama dikenalpasti untuk menyebabkan apa-apa jenis kanser.
Jadi, apakah tanda-tanda amaran atau simptom-simptom yang dialami oleh penghidap kanser usus ini? Antaranya adalah seperti berikut:
- Sakit pada bahagian abdomen.
- Darah di dalam tinja.
- Perubahan pada tabiat membuang air besar iaitu sembelit atau cirit-birit.
- Kehilangan berat badan.
- Badan tidak bermaya.
Semestinya, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. “An apple a day, makes the doctor away“. Amalkan pemakanan yang sihat dan gaya hidup yang sihat boleh mencegah daripada mendapat kanser usus ini.
info:
By khairunnasirin on April 7, 2011
http://psipum.org/kanser-usus-kanser-pembunuh-nombor-satu-di-malaysia-adakah-anda-berisiko/
No comments:
Post a Comment
conteng ler